NADIR BUMI JANA SUMBER BAHARU

Projek Lynas Advance Material Plant (LAMP) telah mengundang kontroversi pelbagai pihak. Lynas adalah syarikat berpengkalan di Australia dengan aktiviti utamanya adalah perlombongan bahan nadir bumi. Nadir bumi pula adaIah bahan utama dalam industri elektronik, robotik, alat-alat telekomunikasi, gentian optic, automotif seperti kenderaan hybrid dan industri aeroangkasa. Setakat ini, bekalan utama nadir bumi dimonopoli oleh China.

Projek ini, dikatakan membuka ruang kepada bencana alam sekitar dan kemanusiaan yang besar jika gagal berfungsi dengan baik. Bagaimanapun, kerajaan melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah membenarkan pembinaan loji LAMP di Gebeng, Pahang dengan pemberian Lesen Kendalian Sementara (TOL) selama dua tahun. Kebenaran ini setelah melalui pelbagai forum di parlimen serta kajian keselamatan oleh Lembaga Perlesenan Atom Antarabangsa (IAEA).

 

 

Baca lebih lanjut di Majalah Milenia Muslim keluaran Okt 2012